Ihya’ Ulumuddin al Ghazali
24NOV
Iman al Ghazali ( Lahir 450H – Wafat 505H ) terkenal kerana kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Disamping sanjungan yang tinggi keatasnya ada juga penentang dan penkritiknya di sepanjang zaman. Pada zaman sekarang beliau dikeritik , dan keritikan keatasnya boleh dibaca dibanyak laman sesawang, antaranya mengatakan beliau ( semuga rahmat allah keatasnya) bukan ahli hadis.
Pada zamannya, beliau dimusuhi oleh ahli ahli fekah pada zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin. Mereka telah menasihat sultan supaya kitabnya dibakar dan diharamkan pengedarannya.
Mendengar berita itu al Ghazali di dalam sebuah majlis atau kuliahnya berkata:
” Tuhan akan mengoyak-ngoyakkan kerajaan mereka sebagaimana mereka telah mengoyak-ngoyak kitabku”.
” Tuhan akan mengoyak-ngoyakkan kerajaan mereka sebagaimana mereka telah mengoyak-ngoyak kitabku”.
Kebetulan di dalam majlis itu ada seorang pelajar dari Magribi bernama Muhamad bin Taumrut. Beliau begitu marah pada sultan Magribi dan berkata : “Wahai Imam, doakan kepada tuhan, semuga keruntuhan kerajaan bani Tasyfin terjadi di tangan ku”.
Pelajar itu kemudian pulang ke Magribi dan membuat perancangan merebut kekuasan dari Bani Tasyfin. Bilau berjaya dan beliau sendiri menjadi raja Magribi bergelar Muwahhidin.
Kitab Ihya’ Ulumuddin kemudian diizinkan pengedarannya semula.
- masjid muaz bin jabal , setiawangsa, kl , melalui android galaxy tab
Be the first to like this post.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar